Wednesday, September 23, 2009

ADAKAH KITA SELEPAS INI ???



Kematian bukanlah ketiadaan dan kefanaan.Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad, perpisahan antara keduanya, pergantian keadaan, dan perpindahan satu alam ke alam yang lain. Kematian adalah perkara yang tidak akan diingkari sesiapa pun.Ia terjadi pada seluruh makhluk di planet bumi ini.

185.Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. ( AL-IMRAN 185)

Kenyataan ini harus selalu tertanam dalam hati kita bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan dibatasi dengan ajal, bahawa akhir kehidupan pasti dating, bahawa orang soleh mahupun derhaka sama-sama akan mati.

Cerita bab mati ni, pertama sekali saya nak ucapkan takziah kepada keluarga PM Ahmad diatas pemergiaan beliau baru-baru ini ke pangkuan Ilahi disebabkan masalah jantung. Beliau merupakan seorang yang rendah diri dan mudah mesra denga orang ramai tidak kira samada staf atau pun pelajar. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh orang yang soleh.

Memang saya agak terkejut juga bila mendapat SMS tentang kematian Allahyarham kerana tidak silap saya baru je jumpa nga beliau sebelum balik cuti hari raya baru-baru ni. Hari jumaat hari tu baru je nampak beliau memandu kereta TOYOTA UNSER lalu depan PI. Orang kata ajal ni memang tidak mengenal waktu dan usia.

34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya. ( LUQMAN 34)

Kita sebagai manusia kena mengambil iktibar di atas setiap kematian yang menimpa orang di sekeliling kita supaya kita sentiasa beringat yang kita juga akan mati. Segala persiapan mestilah kita buat awal-awal lagi bagi menghadapi satu kepastiaan untuk setiap insan. Kita mesti prepare diri kita luar dan dalam sekali jangan asyik duk ingat kat benda dunia saje. Wawasan kita adalah akhirat bukan setakat wawasan 2020 je. Kita mesti sediakan bekalan yang secukupnya untuk bertemu dengan ALLAH.


SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua pembaca dan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin di atas silap dan salah dalam setiap tulisan dan sepanjang perkenalan ini. Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga.

Sunday, July 5, 2009

SEMESTER BARU


Sudah sekian lama tidak mengupdate blog ini. Barangkali kesibukan dengan pelbagai urusan dan ketandusan idea. Itu semua alasan tapi malas la yang jadi punca yang sebenarnya.Cuti semester kali ini sekejap rasanya, pejam celik dah buka semester baru.Rasa diri ini macam tak buat-buat apa-apa pun lagi dalam tempoh cuti ini.Kat keluarga pun macam x tertunai tanggungjawab sebagai seorang anak dan abang.Ape tidak nya asyik xde kat rumah je selalu je nga program-program.


Dua minggu yang lepas aku baru je habis satu program kemasyarakatan di sebuah sekolah di Kuala Krai, Kelantan.Agak penat juga melayan karenah budak-budak sekolah ni lebih-lebih lagi fasi lelaki ada 5 orang je.Tapi nasib baik la peserta lelaki tak la ramai sangat dalam 26 orang je.Susah juga nak jadi fasi untuk budak-budak sekolah agama ni satu kita cakap sepuluh diorang jawab siap nga dalil plak 2 tapi nasib baik la aku ni pun kaki putar-belit juga dapat la menjawab nye.

Habis je program kat Kuala Krai kena balik Penang pula,x sempat aku nak rehat-rehat kat rumah.Rumah sewa yang baru x cari lagi jadi terpaksa balik Penang walaupun hati berat sngat nak tinggal rumah maklumlah rumah nenek pun belum ziarah lagi sepanjang cuti ini.Alhamdulillah perjalanan sepanjang tempoh 6 jam dari Ketereh akhirnya sampai juga aku ke Permatang Pauh bersama 2 orang sahabat Syafiq dan Syaiful.Misi aku ke sini telah berjaya di selesaikan, akhirnya dapat juga aku sebuah rumah sewa baru yang agak selesa untuk dijadikan pengkalan buat pemuda-pemuda Islam.

Baru 2 hari di Permatang Pauh dah kena bertolak ke Shah Alam pulak.Penat sungguh hidup merantau ni, tapi nak buat macam mana itu dah menjadi tanggungjawab buat pemuda Islam untuk melihat Islam Membawa Perubahan.Aku bergegas ke Shah Alam bersama 2 orang sahabat untuk menghadiri 1 mesyuarat yang agak penting juga untuk memastikan kemenangan Islam tercipta.2 hari disana aku pulang ke Penang dengan memikul satu amanah yang besar yang mesti aku tunaikan untuk kebangkitan ummah pada masa kini.

Sampai di Penang aku melihat sahabat-sahabat dah semakin ramai yang hadir untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dalam tempoh seminggu ini.Maklum lah kami akan menerima mad’u-mad’u yang baru yang datang dari seluruh pelusuk tanah air.Maka bermula la perang saraf yang tidak mengenal erti penat dan lelah.Kesian aku melihat adik-adik bekerja siang dalam malam,semoga usaha kita yang sedikit ini akan dinilai oleh Allah.

Maka hari ini tamat la perang diperingkat permulaan dan pada hari juga bermula perang yang sebenarnya.Aku baru je selesai mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar sebentar tadi,banyak tugasan sedang menanti-nanti bila nak diselesaikan.Aku berharap sesi kali ni lebih baik dari yang sebelumnya.Semoga Allah permudahkan segala urusan yang bakal kita semua hadapi.

Tuesday, May 19, 2009

ViruS-viRus Hati

ViruS-viRus Hati


Hari ini, ramai orang mengaku hendak berjuang untuk Islam. Berjuang menegakkan keadilan di muka bumi Allah. Mereka ingin menyebarkan risalah Islam, melebarkan serta mengagungkan Islam di setiap sanubari dan nadi manusia. Namun, sedarkah kita dalam asyik untuk berdakwah, kita sering mengabaikan permasalahan disekitar hati, lalu virus-virus menyerang hati-hati petugas Islam. Hatta kadang-kadang mereka yang berada diperingkat kepimpinan pun tidak mampu untuk melawan virus yang datang menyerang. Lalu jatuh tersungkur di tengah-tengah lautan manusia.

Penyakit hati tidak mengenal siapa pun manusia itu, selagi mana mereka tidak meletakkan “taqwa” sebagai asas kepada pakaian jiwa dan nurani. Perlu diingat, orang yang hendak berjuang terlalu banyak tribulasi dan rintangan yang mesti dilalui. Seandainya kita tidak mempunyai benteng yang kuat, benteng tersebut akan hancur dan musnah. Namun, jika kita sudah bersedia dan mempunyai persediaan dari segenap sudut. Kita akan selamat. Sehebat mana pun badai tersebut, kita mampu untuk menongkah arus badai tersebut.

Sesungguhya, setiap manusia mempunyai permasalahan disekitar hati. Cumanya, samada virus yang menyerangnya itu kuat ataupun tidak. Apabila disebut ”penyakit hati”, ia mempunyai kait rapat dengan tasawuf, zikrullah dan tarbiyyah ruhiyyah. Seandainya, kita mempunyai hubungan yang erat dengan Allah, pasti kita akan selamat. Akan tetapi ingatlah, cubaan dan mehnahnya pasti banyak. Ia untuk menguji sekuat mana keyakinan kita terhadap Allah. Berhati-hatilah, apabila kita sudah mencapai tahap tersebut. Bila-bila masa sahaja virus-virus lain akan menyelinap masuk tanpa kita sedari.

Oleh itu, banyakkanlah muhasabah. Mintalah orang lain nasihatkan untuk kita. Buanglah jauh-jauh perasaan merasakan diri kita hebat dari orang lain, apalah guna kita hebat dimata manusia namun disisi Allah, kitalah yang paling hina. Keberkesanan kualiti pembinaan peribadi seseorang bergantung kepada pembinaan hati dan jiwa. Apabila hati kita ikhlas, maka nilai amalan kita adalah tinggi. Namun, jika jiwa kita mempunyai sifat hasad, ujub, riya’, takabbur, sombong, dendam kesumat dan sebagainya. Maka rendahlah nilai peribadi seseorang muslim dalam diri kita. Jika kita mempunyai hati yang kotor, maka layakkah kita digelar “Pejuang Agama Allah”. Pastinya tidak…

Rawatlah hati wahai pejuang..


www.padukasufi.blogspot.com

Jemaah Islam bukan milik pribadi kita

Jemaah Islam bukan milik pribadi kita

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (Surah As-soft)


Segala puji bagi Allah yang telah meletakkan kita di dalam islam yang tidak mungkin kita rasai kenikmatannya tanpa rahmat dari Allah.

Sekarang ini kebangkitan Islam semakin kuat dirasai di seluruh dunia terutamanya di eropah. Pihak kuffar dengan segala jenis kemudahan yang mereka ada dengan segala upaya cuba menyekat kebangkitan Islam. Namun, Islam itu bukan di jaga oleh manusia, tapi Islam itu di jaga oleh ALLAH tuan penguasa Alam, Raja kepada segala Raja. Semakin mereka menyerang Islam,semakin kuat Islam. Itu lah sifat Islam.

Di Malaysia juga kita dapat rasai betapa kuatnya gelombang kebangkitan Islam. Rakyat Negara ini berduyung-duyung dan berlumba-lumba untuk mempelajari Islam. Namun, ditengah-tengah keghairahan ini,muncul beberapa orang manusia yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan di atas kejahilan manusia yang sedang dahagakan Islam. Mereka memperkudakan nama Islam untuk menanamkan fahaman yang salah dalam jiwa masayarakat. Maka lahirlah ajaran sesat….

Amat menyedihkan juga bagi kita sebagai Ansarullah sekiranya ada manusia-manusia atau ahli-ahli gerakan Islam yang kurang tarbiyyah nya menjadi seperti manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab itu. Ada juga sesetengah ahli gerakan Islam yang senior yang tidak faqih dalam bidang penafsiran Quran menggunakan beberapa ayat Quran untuk menjawab sesuatu permasalahan hanya berdasarkan kepada terjemahan Ayat sahaja dan di tambah dengan logic akal sehingga menimbulkan kekeliruan bagi ahli gerakan yang baru berjinak-jinak dengan Islam. Senario ini biasanya berlaku di dalam gerakan Islam di peringkat kampus yang tidak mempunyai jurusan pengajiaan Islam. Pesanan saya bagi adik-adik yang masih baru dalm medan dakwah kampus, carilah seberapa banyak tempat rujukan yang sahih ilmunya seperti ustaz-ustaz atau murabbi yang sudah faqih dengan Islam. Kepada-kepada senior-senior gerakan dakwah kampus, ketahuilah anda tidak boleh menafsirkan atau mengeluarkan sesuatu hujjah berdasarkan logic akal semata-semata dan jangan merasa anda sudah terlalu alim dalam ilmu Islam kerana anda hanya mengikuti usrah yang di jalankan seminggu sekali,itu tidak memadai untuk menjadikan anda faqih dalam ilmu Islam. Walaupun kita dari bidang perubatan,kejuteraan atau bidang lain, marilah sama-sama kita pasakkan niat untuk menjadi fuqaha islam dengan Ilmu yang sahih melalui menuntut ilmu..

Namun dalam realiti gerakan islam juga sudah timbul beberapa masalah dari sudut kefahaman fikrah Islamiyyah itu sendiri. Dalam keghairahan kita menjalankan gerak kerja untuk menaikkan islam samada di kampus atau di dalam masyarakat,kekadang kita meletakkan Allah jauh di belakang,apatah lagi untuk meletakkan Allah sebgai tempat pergantungan tertinggi kita. Kekadang kita merasa megah dengan kehebatan gerakan Islam yang dipimpin oleh kita dan merasakan seolah-olah kecemerlangan gerakan Islam adalah kerana usaha dan kebijaksanaan kita dalam mengatur strategi. Sehingga suatu ketika kita akan merasakan tanpa aku gerakan Islam ini akan hancur. Inilah Sifat Ahli gerakan yang tanpa dia sedari telah melatakkan sesebuah gerakan Islam itu sebagai hak pribadi dia. Adakah akan lahir rahmat Allah di tengah Medan perjuangan seperti ini??? Kita berjuang untuk mendapat redha Allah, tapi adakah kita mendapat redha Allah atau mendapat murkaNya???

Wahai saudara-saudaraku, fahamilah, bahawa jemaah atau sesebuah gerakan Islam bukan tempat kita untuk bermegah atau tempat kita menjalankan prihal pribadi kita, Jemaah adalah wasilah untuk meletakkan kita dalam perjalanan jihad yang betul. Jemaah ini bukan milik pribadi kita, tetapi jemaah ini adalah milik Allah. Seandai kita meletakkan Allah sebagai tuan kepada jemaah ini, Insyaalah Allah akan memelihara keutuhan perjuangan gerakan islam itu dan ahlinya.

Sepertimana seruan ayat diatas, marilah sama-sama kita berpadu tenaga untuk memperjuangkan agama Allah tanpa meletakkan pribadi sebagai matlamat perjuangan ini. Jadilah bangunan yang kukuh yang di hasilkan dari batu bata yang berkualiti bukan dari batu bata reject dan jadilah bangunan yang di dalamnya tempat berkumpul bakal para syuhada’ bukan tempat berkumpul para munafiq.

Berjuang bukan kerana jemaah,
Tetapi perjuangan ini adalah kerana Allah,
Biar terbuang asal berjuang,
Kerana Islam pasti gemilang…
Allahuakbar.

www.padukasufi.blogspot.com