Wednesday, September 23, 2009

ADAKAH KITA SELEPAS INI ???



Kematian bukanlah ketiadaan dan kefanaan.Kematian adalah terputusnya hubungan roh dengan jasad, perpisahan antara keduanya, pergantian keadaan, dan perpindahan satu alam ke alam yang lain. Kematian adalah perkara yang tidak akan diingkari sesiapa pun.Ia terjadi pada seluruh makhluk di planet bumi ini.

185.Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. ( AL-IMRAN 185)

Kenyataan ini harus selalu tertanam dalam hati kita bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan dibatasi dengan ajal, bahawa akhir kehidupan pasti dating, bahawa orang soleh mahupun derhaka sama-sama akan mati.

Cerita bab mati ni, pertama sekali saya nak ucapkan takziah kepada keluarga PM Ahmad diatas pemergiaan beliau baru-baru ini ke pangkuan Ilahi disebabkan masalah jantung. Beliau merupakan seorang yang rendah diri dan mudah mesra denga orang ramai tidak kira samada staf atau pun pelajar. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama roh-roh orang yang soleh.

Memang saya agak terkejut juga bila mendapat SMS tentang kematian Allahyarham kerana tidak silap saya baru je jumpa nga beliau sebelum balik cuti hari raya baru-baru ni. Hari jumaat hari tu baru je nampak beliau memandu kereta TOYOTA UNSER lalu depan PI. Orang kata ajal ni memang tidak mengenal waktu dan usia.

34. Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan Yang tepat tentang hari kiamat. dan Dia lah jua Yang menurunkan hujan, dan Yang mengetahui Dengan sebenar-benarnya tentang apa Yang ada Dalam rahim (ibu Yang mengandung). dan tiada seseorang pun Yang betul mengetahui apa Yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun Yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya. ( LUQMAN 34)

Kita sebagai manusia kena mengambil iktibar di atas setiap kematian yang menimpa orang di sekeliling kita supaya kita sentiasa beringat yang kita juga akan mati. Segala persiapan mestilah kita buat awal-awal lagi bagi menghadapi satu kepastiaan untuk setiap insan. Kita mesti prepare diri kita luar dan dalam sekali jangan asyik duk ingat kat benda dunia saje. Wawasan kita adalah akhirat bukan setakat wawasan 2020 je. Kita mesti sediakan bekalan yang secukupnya untuk bertemu dengan ALLAH.


SALAM AIDILFITRI


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI diucapkan kepada semua pembaca dan sahabat-sahabat yang mengenali diri ini. Maaf zahir dan batin di atas silap dan salah dalam setiap tulisan dan sepanjang perkenalan ini. Semoga ukhuwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga.