Tuesday, January 27, 2009

BERMULA NYA KEHIDUPAN (1)



BERMULA NYA KEHIDUPAN (1)

Aku baru sahaja pulang daripada program tamrin yang dianjurkan oleh sekolah ku dahulu.Agak penat juga rasanya melayan karenah junior-junior ku.Tapi dalam kepenatan itu ku rasakan banyak benda juga yang aku dapat luahkan untuk adik-adik ku.Telah lama terpedam dalam hati ini untuk menyampaikan sesuatu yang ku rasakan amat perlu untuk adik-adik ku tahu,akhirnya aku berjaya sampaikan secara terus kepada mereka semua.

Menyingkap kembali sejarah sewaktu aku disekolah dahulu,masalah pelajar biasanya tidak pernah terlepas daripada pengetahuan ku,biasa la orang yang duduk sebilik dengan ketua pengawas.Apabila melangkah keluar dari sekolah pada tahun 2005 aku mula melupai segala masalah yang pernah menghantui fikiran ku dahulu.Maklum la sibuk dengan urusan lain sehinggakan sekolah pun aku tidak pernah turun lagi.

Aku bernasib baik kerana ALLAH masih lagi berkehendakan aku berada dijalan dakwahnya, pertengahan tahun 2007 aku berpeluang turun ke sekolah bertanyakan khabar adik-adik ku terutamanya pimpinan pengawas dan PERSIS.Seperti zaman aku dahulu masalah yang sama tetap berlaku,aku cuba berbincang dengan mereka apa yang aku boleh bantu dalam nak menyelesaikan masalah ini.Daripada itu,aku membuat keputusan untuk membantu mereka dalam memperkasakan usrah di sekolah.Jika zaman aku dahulu usrah hanya difokuskan untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 3 sahaja tetapi mereka telah membuat satu pembaharuan dengan melibatkan semua pelajar.

Menjadi satu cabaran yang besar bagi ku untuk membantu adik-adik ku dalam membawa misi yang cukup besar ini.Aku pun kepeningan keseorangan dalam nak menyusun strategi mana yang perlu dipakai dalam nak membantu adik-adik ku untuk membawa usrah yang cukup besar di sekolah.Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang manusia yang mempunyai cita-cita yang cukup besar.Tidak ku sangka aku akan berjumpa dengan seseorang yang mampu membimbing aku untuk membantu adik-adik ku disekolah.Cita-cita ku melihat satu perubahan suasana di sekolah semakin hampir walaupun secara hakikat nya terlalu jauh lagi.Tapi aku bersyukur kerana ALLAH telah menghantar seorang hamba yang mana bagi diriku dia adalah pebimbing bahkan lebih daripada itu ku rasakan.

Melalui beliau lah aku belajar banyak erti kehidupan sebagai seoarang yang nak membawa panji-panji agama ALLAH, walaupun hakikat nya ilmu itu datang dari ALLAH sebenarnya.Daripada saat itu aku belajar sedikit demi sedikit dan apa yang aku dapat aku kogsikan dengan adik-adik ku di sekolah.Walaupun banyak masalah untuk aku turun ke sekolah secara kerap tapi aku cuba untuk membantu adik-adik ku sekurang-kurangnya aku telah bagi sesuatu kepada mereka untuk mereka sampaikan kepada pelajar-pelajar yang lain.

Bersambung dalam siri 2

Thursday, January 22, 2009

DAKWAH DAN AKADEMIK



ANTARA DAKWAH DAN AKADEMIK

“Mad,hujung minggu kita ada program la, jomlah kita pergi skali ye bleh aku tumpang ko.”Bicara Azrul kepada sahabat sebiliknya.

“Emmm.....xboleh la hujung minggu ni aku ada perbincangan la dengan budak-budak kelas.Aku dah janji dengan diriku semester ni aku betul-betul nak fokus kat study.Aku kena study!Semester lepas pointer aku jatuh teruk.Dah la repeat sampai 3 paper plak tu.Siapa yang nak bertanggungjawab dengan semua tu.Ni gara-gara aku ikut banyak sangat program la ni!Aku menyesal la buat semua ni macam x berbaloi je yang aku dapat.Kalau nak berjaya kena study.Waktu study,studyla!Nanti kalau dah berjaya aku buatlah kerja dakwah tu.Kalau aku buat kerja dakwah sekarang aku akan gagal dalam pelajaranku nanti apa pulak kata orang lain.Orang yang buat kerja dakwah ni selalu gagal dalam pelajaran,kan dah jadi fitnah tu...”

“Mad,dakwah dan akademik bukan macam ko naik jongkang-jongkit.....”

“Jongkang-jongkit?Apa yang ko merapu ni?”

“Ya la,dakwah dan akademik BUKAN macam jongkang-jongkit.Bila dakwah di atas,akademik di bawah.Bila akademik di atas,dakwah di bawah.Tu bukan dakwah namanya dan tu juga bukan belajar namanya!”

Perbualan sebegini biasanya berlaku dalam kalangan aktivis dakwah yang masih lagi belajar di institut pengajian dimana-mana tempat.Memang tidak dapat di nafikan kedua-dua perkara di atas merupakan masalah yang selalu disebut-sebut oleh mahasiswa yang menjalankan gerakan dakwah sehingga menjadi konflik utama dalam diri mereka.

Pernah suatu ketika aku di tanya oleh junior ku “Bang andai kata kita di beri pilihan untuk memilih akademik atau dakwah yang mana kita perlu pilih ye.....”Soalan yang begitu ringkas tapi mendalam makna nya.Aku diam sejenak,apa yang aku nak jawab ye.Kedua-duanya penting,tapi aku perlu membuat keputusan juga.Kalau nak ikut kan hati nak je aku jawab amik la kedua-dua nya skali,ape masalahnya kan dah settle.

Tapi hakikat nya memang macam tu dakwah dan akademik mamng x boleh di pisahkan.Kedua-dua nya mesti selari.Kalau ikut graf ia mesti directly proportional x bleh inversely proportional. Telah menjadi tanggungjawab bagi setiap orang muslim itu untuk mengajak ke arah kebaikan dan mencegah segala perkara yang tidak baik. Tidak kira walau apa jua keadaan, belajar atau bekerja atau menganggur atau berkahwin, tanggungjawab ini tetap mesti ditunaikan.

Dan hendaklah di antara kalian ada sekelompok yang menyeru kepada kebaikan dan memerintahkan yang ma’ruf serta melarang yang mungkar.Mereka itu lah orang-orang yang beruntung” (AL-Imran 110)

Jadi apa pula kaitan nya dengan belajar. Pernah dulu seorang rakan saya yang suka menggunakan ilmu-ilmu sains yang dia belajar untuk dia jadikan satu bahan dalam tazkirahnya. Sangat seronok dan sangat menyenangkan. Kadang-kadang terasa seperti satu bentuk lawak pula. Antaranya yang masih aku ingat, “Hati kita ini seperti spring. Ada had kenyalnya. Kalau terlalu diregangkan mungkin tidak boleh kembali kepada bentuk asal. Begitulah dalam hidup kita.....” Lebih kurang begitulah antara ayat-ayat yang digunakan dalam tazkirahnya. Sangat menarik dan sangat berkesan. Menyampaikan risalah dengan belajar boleh disatukan! Tetapi tidak ramai rasanya yang mampu melakukan demikian. Ada yang ingin belajar sahaja. Ada yang ingin berdakwah sahaja.

Sepatut nya bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu.

“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”kata Mad.


“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.

“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”

“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwa
h tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya


Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“ Aku dah faham. Aku kena banyak muhasabah. Aku dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk aku tahu itu maksudnya peringatan dari Allah aku yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”bicara Mad kpada sahabat nya Azrul.

Kita semua pasti mengenali Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah .Sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Ada seorang sahabat aku pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;

Ya Allah,
kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat tema
nku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!


Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

Tegakkan Islam dalam dirimu,
nescaya akan tertegak Islam di bumimu

Wednesday, January 21, 2009

Siap juga akhirnya..............

Alhamdulillah.......akhirnya dapat juga aku siapkan blog ni.Niat di hati memang dah lama nk buat blog ni tapi belum ada kesempatan.Bila nak buat ada je la halangan nya,lupa password la dan banyak la lgi mehnah nya.InsyaALLAH dengan ada nya medium ni saya berharap agar kita manfaat kan bersama.Yang mana dh expert tu bagi la tunjuk ajar sikit ye.......