Tuesday, January 27, 2009

BERMULA NYA KEHIDUPAN (1)



BERMULA NYA KEHIDUPAN (1)

Aku baru sahaja pulang daripada program tamrin yang dianjurkan oleh sekolah ku dahulu.Agak penat juga rasanya melayan karenah junior-junior ku.Tapi dalam kepenatan itu ku rasakan banyak benda juga yang aku dapat luahkan untuk adik-adik ku.Telah lama terpedam dalam hati ini untuk menyampaikan sesuatu yang ku rasakan amat perlu untuk adik-adik ku tahu,akhirnya aku berjaya sampaikan secara terus kepada mereka semua.

Menyingkap kembali sejarah sewaktu aku disekolah dahulu,masalah pelajar biasanya tidak pernah terlepas daripada pengetahuan ku,biasa la orang yang duduk sebilik dengan ketua pengawas.Apabila melangkah keluar dari sekolah pada tahun 2005 aku mula melupai segala masalah yang pernah menghantui fikiran ku dahulu.Maklum la sibuk dengan urusan lain sehinggakan sekolah pun aku tidak pernah turun lagi.

Aku bernasib baik kerana ALLAH masih lagi berkehendakan aku berada dijalan dakwahnya, pertengahan tahun 2007 aku berpeluang turun ke sekolah bertanyakan khabar adik-adik ku terutamanya pimpinan pengawas dan PERSIS.Seperti zaman aku dahulu masalah yang sama tetap berlaku,aku cuba berbincang dengan mereka apa yang aku boleh bantu dalam nak menyelesaikan masalah ini.Daripada itu,aku membuat keputusan untuk membantu mereka dalam memperkasakan usrah di sekolah.Jika zaman aku dahulu usrah hanya difokuskan untuk pelajar tingkatan 1,2 dan 3 sahaja tetapi mereka telah membuat satu pembaharuan dengan melibatkan semua pelajar.

Menjadi satu cabaran yang besar bagi ku untuk membantu adik-adik ku dalam membawa misi yang cukup besar ini.Aku pun kepeningan keseorangan dalam nak menyusun strategi mana yang perlu dipakai dalam nak membantu adik-adik ku untuk membawa usrah yang cukup besar di sekolah.Sehinggalah aku berjumpa dengan seorang manusia yang mempunyai cita-cita yang cukup besar.Tidak ku sangka aku akan berjumpa dengan seseorang yang mampu membimbing aku untuk membantu adik-adik ku disekolah.Cita-cita ku melihat satu perubahan suasana di sekolah semakin hampir walaupun secara hakikat nya terlalu jauh lagi.Tapi aku bersyukur kerana ALLAH telah menghantar seorang hamba yang mana bagi diriku dia adalah pebimbing bahkan lebih daripada itu ku rasakan.

Melalui beliau lah aku belajar banyak erti kehidupan sebagai seoarang yang nak membawa panji-panji agama ALLAH, walaupun hakikat nya ilmu itu datang dari ALLAH sebenarnya.Daripada saat itu aku belajar sedikit demi sedikit dan apa yang aku dapat aku kogsikan dengan adik-adik ku di sekolah.Walaupun banyak masalah untuk aku turun ke sekolah secara kerap tapi aku cuba untuk membantu adik-adik ku sekurang-kurangnya aku telah bagi sesuatu kepada mereka untuk mereka sampaikan kepada pelajar-pelajar yang lain.

Bersambung dalam siri 2

No comments:

Post a Comment