Wednesday, March 25, 2009

Di Sana Aku Mengenal Kehidupan

Disana Aku mengenal usrah,
Tercari-cari Iman dalam suram malam maksiat,
Disana aku mula merangkak mencari Lilin,
Lilin ilmu yang bakal menerangi diriku..

Disana...dijalan Dakwah,
Aku mula mengenali bai`ah,
Disana juga ku mencari teman..ku cari kawan,
Ku temui teman..ku temui lawan...

Disana ...dijalan dakwah,
Ku kenal erti kehidupan dan persahabatan,
Disana ku temui Iman...ku temui...Ihsan,
Ku menjadi Naqib...walaupun diri tak sehebat Ikhwan...

Disana ..dijalan dakwah,
Aku menangis kerana pelajaran,
Aku merintih kerana perasaan,
Aku bertaubat kerana ...kemaksiatan,

Disini..di jalan dakwah,
Aku temui erti kata...KEFAHAMAN,
Aku layari hidup...mengimpikan keilmuan,
Mencari nikmat sebenar disebalik keimanan,

Disana...dijalan dakwah,
Aku mengenal jemaah..mengenal persatuan,
Mencari kebenaran dalam sumur ketidakpastian,
Mencari teman..yang ingin bersama-sama dalam perjuangan,

Disana...dijalan dakwah,
Aku mengenal perbezaan sahabat dan teman,
Diluarnya Intan didalamnya belacan,
Dihidunya wangi...dikecap masam,

Disana..dijalan dakwah,
Aku mengenal ego ..mengenal cinta,
Tapi aku takut..takut menerimanya,
Namun yang pasti aku perlu bersedia,
Dan mungkin teruskan penantian atau pencarian,

Disana.. dijalan dakwah,
Ku harap insan bernama TEMAN,
Bukan kuharap bernama SYAITAN,
Aku ku teruskan pencarian..

Disana..dijalan dakwah,
Aku akan teruskan perjuangan,
Biar manusia tidak lihat dan ambil peduli,
Kerana Aku paham,
Modal Insan dihadapan TUHAN,

Disana..dijalan dakwah,
Ku harap ku akan temui `SAKINAH`,
ku harap ku temui MA`RIFAH,
Ku harap ku mendapat HIDAYAH....
Perjuangan ku takkan SUDAH....



“HIDUP BERJUANG UNTUK BERKORBAN, PENCINTA SYAHID ABADI”

Sunday, March 1, 2009

Rajukan Lelaki Dakwah


Rajukan Lelaki Dakwah

"Zul, sampai hati nta...datang makan tak ajak ana..maklum la siapa lah ana kan..bukan kawan rapat anta" Ujar Faizal (bukan nama sebenar).


"Takkan la semua benda ana nak kene ajak anta..ana pun nak kan privacy gak..tolong lah faizal..faham ana ..ana tak leh berkepit ngan
anta selalu..ana punya teman lain lagi".Kata zul dengan kesal akan sikap sahabatnya.


"Ana dah tak rasa dah ukhwah dalam jemaah(persatuan) ni...jemaah xxxxx lagi mantap ukhwahnya.siap caring kat ana lagi.."Sambung Faizal.


Angin kus-kus menghembus pipi dua jejaka tampan.Jam menunjukkan pukul 12 malam.Kawan zul hanya kaku melihat telatah ahli dakwah ini.


"Anta kene faham...ukhwah sahabat ini sentiasa di hati ana..tapi ana pun nak gak keluar dengan orang lain..dan satu lagi anta kene tahu gak..jemaah xxx
xx tu jumlahnya sedikit..dan nta baru kenal mereka..memang la nta rasa diambil berat...anta mula-mula join ni dulu pun bersemangat bukan..tapi lama-lama bila dugaan datang...macam-macam boleh terjadi.Ana harap nta fahamnya situasi ana..Hidup ini bermakna jika kita fahami each other.Anta kene fahami orang..insyaallah anta akan difahami..tak gitu"?Soal Zul membuatkan suasana malam itu agak panas.Cafe koleh medic itu menjadi saksi segalanya.
"Suka hati nta la.Ana dah tak da mood dengan jemaah ni..Sume tak care pasal ana.Baik jemaah xxxxx tu.Anta sekarang dah berubah sangat.Dah tak kuar dengan ana dah."Kata-kata akhir faizal itu terngiang-ngiang di telingan zul.Malam berlalu pergi dengan seribu pertanyaan.


Kawan zul menjadi saksi segalanya.


Itulah sedikit kisah melanda jemaah kita hari ini.Rasa hilang ukhwah lah.Macam-macam terjadi pabila tiada kefahaman dalam gerak kerja.Sebagai ibnu dakwah..tiada masa untuk merajuk.Sikap seumpama ini harus dibuang jauh-jauh.Bagi zul pula..dengarlah rintihan sahabat mu.Sikap merajuk kadang-kadang boleh melumpuhkan jemaah.Bagi yang ingin kan pangkat pula..bila tak dapat maka nak `slow down` their activities.Tapi ingatlah ibnu harakah..kerja islam itu bukan untuk nama dan pangkat.

"Bakar silibus usrah....nuqaba` mandul"


"Bakar silibus usrah....nuqaba` mandul"

"Bakar saje silibus usrah.Nuqaba` kalau mahukan ilmu,amik buku dan baca.Usrah adalah ukhwah dan membina melalui pemantauan.Selagi ada silibus, selagi itulah nuqaba akan mewarisi kemalasan dan kebekuan.Selagi silibus masih ada,selagi itu pemikiran dan keilmuan tak akan berkembang dan akan mewarisi kemandulan"


Salam.Bagaimana sahabat sekalian.Setuju tak dengan
pernyataan diatas.Tak setuju sila bagi sebab.Ha2.


Mungkin bagi yang biasa terlibat dengan bidang fasilitato
r ataupun bidang ke`nuqaban` mungkin punya pendapat tersendiri.Bagi saya...usrah hanya untuk ukhwah semata-mata itu kurang tepat.Betul tapi kurang tepat.


Usrah medan ukhwah dan ingat-mengingatkan antara satu dengan yang lain (kecuali usrah pimpinan).Ukhwah sahaja tidak cukup untuk melahirkan insan yang beristiqamah pada masa akan datang.Malah ia lahir dari kefahaman yang mantap dan prinsip yang kuat (macam kisah dalam bab katak2 yang melompat dalam tulisan yang l
alu).Untuk medapatkan kefahaman maka slibus penting sebagai guide line SAHAJA.


Berapa ramai kita lihat mereka yang mantap ukhwahnya dengan naqib tapi...istiqamah belum tentu.Tepuk dada tanya diri.Bagi saya ukhwah dan kefahaman perl
u seiring.Jika kita baru sahaja berkenalan maka ukhwah terpenting buat masa itu.Ambil masa untuk kenali dengan lebih dekat.Jadilah pendampingnya.Kongsi masalah bersama.(Jangan berlagak ahli sufi plak yer).


Setelah ukhwah terbina maka binalah pula kefahaman tentang islam, amal maa`ruf nahi mungkar dan tajuk2 yang sesuai dengan waqi` dan suasana semasa (ajar buat blog pun ok..he3).

Dari kefahaman dan ukhwah tadi baru lahir mereka yang insyaallah istiqamah dan tsabat dalam jalan dakwah.


Penyakit Nuqaba`?


Nuqaba`(fasilitator2 @ mentor2) pun punyai masalah tersendiri.Nak tahu tak.Mari kita selidiki dan kita elakkan jika kita tergolong dikalangan mereka bermasalah ini.Sama -sama beringat;


1. Merasa diri hebat.Alim.Sebab rasa banyak ilmu.(Pada hal ilmu cetek sangat-coz refer pada silibus sahaja).

2. Ingin dilayan seumpama diri melayan naqib ketika menjadi adik usrah dulu.(Kadang2 allah uji kita dengan adik2 yang kungkin tak faham atau kurang kefahaman tentang akhlak dll.maka kenali mereka sedalamnya).

3. Tak ikhlas.(Mungkin ambil usrah sebab terpaksa atau dipaksa oleh orang atas/pentadbiran)AWAS!Tiada ganjaran dari ALLAH menanti anda!

4. Malas buat usrah..Ada juga yang malas buat usrah.Mungkin kerana tak ikhlas tadi.

5. Cepat terasa.Bagi saya tak salah terasa.Tapi jangan tunjukkan diri anda yang sensitif depan adik.Bosan dorang.

6. Bersemangat lebih.(over act kot).Masa usrah asyik die jer cakap.Adik2 terlopong dengar bukan sebab khusyuk tapi....dalam hati..bile la abang ni nak habis cakap.He2.So jangan syok sendiri.Banyakkan sot 2 hala.

7. Kedekut.Kedekut ini banyak.Antaranya kedekut duit nak belanja adik2.Belanja kawan boleh jer.Kedekut masa.Nak luangkan jogging ngan adik2 susah.Tapi melepak ngan kawan kat pusat beli belah dan kedai makan boleh plak.

8. Jadi penghukum.Kita ini pendakwah bukan penghukum.So kadang2 bila dapat ahli usrah yang x elok sikit (syariat tak berapa jaga) maka mula lah merungut dan kadang2 hentam depan2.Hukuman yang diberikan pada mereka menyebabkan mereka menutup terus pintu hati untuk mendalami islam buat masa akan datang.

9. Rendah diri.Ada juga species homo sapien nuqaba` ni yang jenis sangat rendah diri,tak yakin diri dan bayak lagi sifat yang tak kene bila nak handle usrah.Menolak mentah-mentah bila hendak diberi usrah.ALASAN-TAK CUKUP ILMU.


Nak tunggu cukup ilmu sampai mati tak cukup syeikh!Kalau mati sebelum grad camner...apa nak bawa untuk dipersembahkan di akhirat?Tanya diri dan Iman.Sampai bila?..sampai bila?..sampai bila?Berani buat perubahan.


10.Malas tambah ilmu.Terlalu bergantung pada silibus .Macam baca buku teks.Boring dengar.he2.


Inilah sedikit celoteh pagi ahad dari saya.Mungkin ada banyak tak betul dan banyak lagi masalah nuqaba untuk perhatian semua.Oleh itu saya berharap usaha mulia (sunnah nabi) ini diteruskan.Lihat sirah nabi dan para pejuang islam.Apa yang mereka terapkan dalam usrah mereka.Mari kita insafi apa kah kita termasuk da
ri yang bermasalah seperti atas.

Jadikan usrah seumpama MLM semasa di universiti.Sedikit ilmu yang diajar dan disampaikan dan terus disampaikan...maka kita dapat saham
akhirat.(X perlu bayar yuran pendaftaran MLM lain..he2)


# kepada perancang usrah/mentor-menti: bagi hanya tajuk silibus dan sedikit guide line/notes pendek/sub topik kepada naqib2/mentor2 masing2.Biar mereka cari sendiri dan baca topik baru boleh sampaikan.Itu saya kira yang terbaik.TIADA ALASAN ..TAK DE MASA!

Wednesday, February 18, 2009

5 PRINSIP AMAL JAMA’EI

5 PRINSIP AMAL JAMA’EI


Jatuh bangun sebuah gerakan Islam berpunca daripada kefahaman ahli dan pengurusan organisasi yang teratur dan mantap.Sebahagian dari usaha untuk memperkasakan sebuah organisasi Islam agar Islam yang dilaungkan menjadi asas dan dasar perjuangan dapat dilaksanakan dengan cemerlang , jika kita intima' atau penglibatan kita dengan organisasi atau gerakan itu benar - benar dihayati bersama 5 prinsip Amal Jamaei .

5 Prinsip yang saya maksudkan itu ialah :


1. Iltizam


Memberikan komitmen yang tinggi terhadap setiap aktiviti amal Islami yang dianjurkan oleh organisasi demi menjayakan gerakkerja pengkaderan atau pembinaan :


1. Aqidah yang sohih ,

2. Fikrah yang syumul

3.Syakhsiyyahyangsoleh
4. Dakwah yang benar
5. Tanzim @ Organisasi yang mantap


Jangan abaikan setiap keputusan organisasi apalagi membuat keputusan yang bercanggah dengan apa yang telah diputuskan secara jamaei melalui prosedur mesyuarat yang sah . Pastikan juga kita tidak mengakibatkan aktiviti organisasi lumpuh atau terbiar dengan sikap kita yang acuh tidak acuh dalam menjayakannya .


Terapkan rasa wajib ke atas diri dalam menunaikan semua peraturan dan arahan pimpinan yang tentunya untuk kepentingan perjuangan Islam yang suci dan bersih dari sebarang elemen yang bersifat kepentingan diri sendiri .


Rasa diri terpanggil untuk menyelesaikan apa jua tanggungjawab dan amanah perjuangan yang terbengkalai walaupun bukan kita pemegang amanah yang bertanggungjawab langsung terhadapnya .


2. Wala'


Kesetiaan dan kejujuran kita terhadap perjuangan Islam yang didokong dengan wadah organisasi Islam sebagai platform untuk menjayakannya , lalu menggapai objektif dan matlamat .


Tidak berlaku curang atau tidak mengkhianati perjuangan dengan melakukan sesuatu yang bukan sahaja bercanggah dengan dasar perjuangan tetapi juga mendedahkan organisasi kepada risiko ekoran tindakan kita yang kurang berhati - hati seperti mengakibatkan kebocoran rahsia dan lainnya .


Jangan sekali - kali bermain kayu 3 dengan gerakan kita yang akhirnya mencetus dilemma dalam melaksanakan arahan pimpinan . Antaranya sikap menyertai 2 atau 3 organisasi sekali gus kononnya didirikan atas kefahaman bahawa yang penting ialah Islam bukan organisasi , maka boleh menyertai mana - mana organisasi yang mahukan Islam .


Tindakan ini membawa kepada pecah wala' lalu timbul pula 'fatwa' kononnya wala' tidak wajib kecuali kepada Allah dan Rasul demi menghalalkan tindakan mereka menyertai 2 atau 3 organisasi secara serentak .


Menyertai 2 atau 3 organisasi serentak sebenarnya menggangu proses pembinaan secara terancang dan mencetuskan kekeliruan fikrah serta membawa kepada dilemma dalam ketaatan dan komitmen.


3. Dengar dan Taat.


Melancarkan misi dan operasi yang telah dirancang demi mencapai objektif dan matlamat perjuangan suci ini pastinya dengar dan taat adalah mekanisme yang tidak dapat tidak mesti dihayati dan dilaksanakan .


Kita tidak selayaknya mengklasifikasikan ketaatan kita kepada pimpinan dan organisasi selama mana ia tidak mengheret kita dan organisasi kita ke kancah maksiat dan mungkar . Sekalipun pemimpin yang mengeluarkan arahan hanya seorang junior atau pimpinan yang bagi kita kurang mempunyai ilmu , jika kita bertanggungjawab langsung dengan arahan tersebut maka hendaklah ianya dilaksanakan dengan penuh amanah .


4. Ukhuwwah fillah


Jalinan persaudaraan antara ahli gerakan mestilah diikat dengan semangat berlapang dada , berbaik sangka , tawadhu' atau merendah diri antara satu sama lain , kasihkan saudara sebagaimana kita kasih kepada diri sendiri , mengutamakan kebaikan buat saudara kita mengatasi diri sendiri .


Eratnya jalinan antara ahli sesama ahli dan ahli dengan pimpinan membentuk benteng kukuh buat organisasi dari sebarang anasir yang merosakkan struktur kepimpinan dan pentarbiyahan.


Usaha dan aktiviti yang menumbuhkan kemesraan sesama ahli atau program yang menanam rasa kasih yang mendalam mestilah diberikan keutamaan . Justeru ukhuwwah yang terbina utuh antara ahli dan pimpinan akan meminimakan ruang khilaf dan menutup peluang krisis .


5. Tadhiyyah [ pengorbanan ]


Tiada perjuangan tanpa pengorbanan malah pengorbanan antara pra syarat kemenangan . Sukar untuk kita jayakan misi dan visi perjuangan besar ini tanpa pengorbanan semua pihak . Mengorbankan tenaga , harta benda dan nyawa demi perjuangan Islam ini sememangnya telah diwartakan oleh Allah dalam al Quran sebagai sunnah perjuangan sejak zaman Nabi saw.

Kegagalan berkorban memerangkap diri dan organisasi dalam kelemahan yang tidak mungkin boleh diatasi . Terutama kita berjuang di era kesenangan , kedengaran akhir - akhir ini suara yang mahu titik peluh dan penat lelahnya untuk perjuangan ini dibayar dengan imbuhan dunia. Tanpa imbuhan atau perolehan lumayan maka tiada tenaga jauh sekali nyawa untuk perjuangan.Ini satu musibah ! Pengorbanan adalah tuntutan perjuangan yang sama samaada sebelum atau selepas menang . Tanpa pengorbanan terlalu sukar untuk kita mencapai kemenangan sebagaimana jua tanpa pengorbanan pasti sahaja kemenangan yang dicapai tidak akan bertahan lama .

Ringkasan ini sebagai satu nota kecil buat ahli dan pimpinan yang saya dedikasikan buat semua khasnya diri saya sendiri yang masih perlu dibimbing dan dibina dengan apa yang telah saya notekan di sini .

Friday, February 6, 2009

29 JANUARI 2009



29 JANUARI 2009

Pada tarikh tersebut genaplah 21 tahun aku hidup kat dunia ni.Macam dah tua rasanya tapi banyak benda lagi yang aku tak buat.Tapi yang penting aku dah boleh mengundi.....Hahaaha......!!!!Aku tak sempat nak sambut ulang tahun kelahirin aku kat rumah kali ni walaupun waktu ni cuti mid sem.Terpaksa bergegas balik ke Penang pada 28 hb malam kerana ada program kat sana.Hati ni agak berat juga nak tinggalkan rumah, baru balik 2 hari dah nak kena tinggalkan rumah.Aku bukannya yang jenis “homesick” tapi kesian kat adik-adik di rumah baru nak sambut aku punya birthday.Nak buat macam mana ada tanggungjawab yang lebih besar lagi.

Tapi nasib baik terubat juga la hati ni,ada juga la orang yang ingat hari lahir aku ni.Terima kasih tidak terhingga buat sahabat-sahabat seperjuangan yang susah payah nak celeberate aku punya birthday.Siap ada kek lagi tau.......Tapi yang aku nak gelaknya diorang kantoi dengan aku malam tu.Kononnya nak buat suprise tapi ada sorang tu tersalah hantar message kat aku pulak.Aku pun buat-buat tak tahu je la......Kelakar betul.

Walaupun tahun ni tak berapa banyak sms yang aku terima,tapi terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengingati diri ku ni.Apa yang penting adalah aku nak satu perubahan dalam diri ku sendiri untuk menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.Semoga dengan pertambahan umur ini akan lebih mematangkan aku di jalan dakwah ini.Semakin hari semakin besar cabaran yang aku hadapi,aku berharap cabaran ini lebih mendekatkan diriku dengan ALLAH s.w.t.

Sekali lagi terima kasih buat shabat-sahabat yang susah payah beli kek untuk hari lahir aku siap nga radix cola lagi.