Monday, May 4, 2009

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar


Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan
kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.


Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.


Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu


Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.


Allah melihat usaha kita


Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

Thursday, April 30, 2009

GUNA CELCOM BOIKOT MAXIS HENTAM DIGI!!!

GUNA CELCOM BOIKOT MAXIS HENTAM DIGI!!!

Ikhwah dan akhawat.yang dikasihi kerana Allah S.W.T, ini adalah pendapat ana boleh jadi benar boleh jadi salah oleh itu kalau benar ikutlah dan kalau ada dalil atau hujah yg lebih kuat berdasarkan Al-Quran dan sunnah maka sila nyatakan pada ana. Kerana kita adalah generasi yang ditarbiyah, panduan kita adalah Al-Quran dan sunnah untuk mencari kebenaran seperti yang disarankan Allah dalam surah Yusuf..ayat 108..

"Katakanlah (Muhammad): Inilah jalan (agama)ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengjak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik"

Syarikat telekomunikasi MAXIS merupakan sebuah syarikat telekomunikasi sangat berpengaruh dan banyak digunakan oleh masyarakat Malaysia hatta tidak terkecuali ikhwah mahupun akhawat. Pemilik syarikat ini adalah Ananda Krishnan yg merupakan orang kedua terkaya di Malaysia selepas Robert Khoo, jutawan gula. Selain MAXIS , Ananda Krishnan juga merupakan orang yang bertanggungjawab membawa ASTRO masuk ke Malaysia yang menyebabkan banyak gejala kerosakan akhlak berlaku dan melalaikan ramai orang Islam tehadap tanggungawab mereka terhadap Islam. Selain itu, dia juga merupakan antara penyumbang utama program berbentuk maksiat yg sangat terkenal iaitu AKADEMI FANTASIA yang melahiran ramai perosak masyarakat.

Perkara yg lebih parah lagi adalh dia akan menyumbangkan 10% setiap tahun daripada keuntungannya kepada Persatuan India Sangam Malaysia iaitu antara sebuah persatuan yang yang mendokong penubuhan
IFC ( InterFaith Commision) yang membolehkan undang-undang Islam digubah oleh sebuah gagasan yg nak diwujudkan apabila dirasakan ia tidak relevan lagi dengan zaman sekarang menurut tanggapan mere
ka. Ini jelas-jelas menunjukan mereka menyerang Islam dan mencabar hukum Allah S.W.T. Mereka ini jelas-jelas KAFIR HARBI. Tidakkah kita sensitif dengan ayat Allah dalam surah al-Anfal,..ayat 39.

"Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah S.W.T. Jika mereka berheni (dari kekafiran) maka sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yg mereka kerjakan"

dan ayat lain surah al-Maidah..ayat 54..(balik la cari sendiri..sekurang2- kurangnya ada jgk rasa ingin tahu sket..)

Oleh yang demikian ana menyarankan ikhwah dan akhawat sekalian supaya memBOIKOT MAXIS DAN DIGI kerana Ia mengancam Islam. Sanggupkah antum/antunna memberi sumbangan pada MAXIS DAN DIGI untuk menghancurkan Islam padahal antum/antunna beriktikad dalam hati dengan penuh keazaman dan keikhlasan untuk membela agama Allah S.W.T.Bukanlah ana berkata kita tidak boleh pakai handphone kerana penggunaan handphone adalah tergolong dalam maslahat Al-Hajiyyat maslahat Al-Hajiyyat tu apa??? klo tak salah (perkara-perkara yang diperlukan) untuk zaman sekarang untuk melancarkan perjalanan dakwah cuma kita ada banyak alternatif lain umpamanya CELCOM yang pemiliknya melayu yang beragama Islam. Tidak dapat dinafikan CELCOM juga ada melakukan program berbentuk maksiat tetapi tidak semudarat MAXIS dan DIGI. Antara kaedah usul fiqh yang boleh dipakai disini adalah (klo tak salah ana la)…tak pe..kita sama2 blajaq..

"Untuk menghalangi kemudaratan yang lebih besar, maka dibolehkan melakukan kemudaratan yang lebih kecil"

-Fiqh Al-Aulawiyyat, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardawi


"Me
lakukan al-Mafsadah (maksud dia kerosakan) yang kecil dibolehkan demi kemaslahatan (maksud dia kebaikan) yang besar"

-Fiqh Al-Aulawiyyat, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qardawi

Ana yakin kita semua tentu telah baca dan tahu bahawa Assyahid Imam Hassan Al-Banna telah mengariskan 38 kewajipan Al-Akh yang mesti diamalkan oleh kita. Sila rujuk kewajipan yang ke 21 yg berbunyi :


"sauda
ra mestilah memberi khidmat kepada kekayaan Islam secara umum dengan menggalakkan industri dan perbadanan-perbadan an ekonomi Islam. Saudara mestilah berhati-hati benar supaya satu sen pun wang saudara tidah jatuh ke tangan orang bukan Islam walau bagaimanapun keadaan saudara. Jangan saudara pakai dan makan kecuali barang pengeluaran negara Islam "

-Bab kewajipan al-akh muslim, Apa Ertinya Saya Menganut Islam, Ustaz Fathi Yakan, klo tak salah..cek balik..


Tujuan ana menulis ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. dan untuk mengingatkan diri ana supaya menyampaikan yg haq. Ana yakin ramai ikhwah dan akhawat yang dah tahu, tidak tahu dan sengaja buat tak tahu perkara ini, jadi ana sampaikan supaya kita sama-sama akan sedar dan terus bertukar talian selain MAXIS dan tak lupa jugak DIGI (ambik paham sapa2 yang pakai MAXIS & DIGI lg tu!!! ana DAPAT TAHU ADA LG YG MASIH MGGUNAKANNYA) seterusnya terus beriltizam dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan untuk terus berjuang untuk menegakkan agama Allah S.W.T. yang sangat kita cintai ini. Ana bukan yg terbaik untuk menulis artikel ini sekadar hendak melaksanakan kewajipan ana sebagai hamba Allah seperti dalam firman Allah surah Ali-Imran..Ayat 104..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar ; merekalah golongan yang beruntung"

dan juga hendak menyahut saranan As-Syahid Imam Hassan Al-Banna dalam 38 kewajipan al-Akh muslim yang ke 8 yang berbunyi'

"Hendaklah saudara bersifat berani dan luas pandangan. Keberanian yang paling mulia ialah berterus- terang demi haq dan kebenaran, menyimpan rahsia, mengaku kesalahan, menginsafi diri dan menahan diri dari kemarahan"


sekali lagi ana tegaskan sekiranya ada kesilapan dan kesalahan dalam penulisan ini tolong tegur supaya kita sama-sama mendapat keredhaan Allah tapi pastikan kemukakan hujah atau dalil yg lebih kuat daripada ana kerana Islam berdiri atas dasar hujah Al-Quran dan Sunnah bukan menurut fikiran dan perasaan.

Salah satu akhlak Nabi S.A.W. adalah tegas dalam kebenaran..maksud dia apa?? BERHIKMAH la..tp jangan salah faham dengan BERHIKMAH ni..bukan secara lemah-lembut. .cth: Jangan kita main hentam kafir je..tp xde HUJAH!!! itu namanya Ulamak Pondan..orang HINA ISLAM..bleh GELAK KETAWA LG!!(bak kata ustz Sharir Long da..). MAKSUD BERHIKMAH SINI,.. PENJELASAN YG TEPAT DAN BETUL..JGN JADI MCM SAPA TU!! ASTORAJEBON? ? ikut sedap mulut je cakap XDE SEKSA KUBUR, TAK PAYAH TUTUP AURAT, NABI ISA A.S TAK TURUN DIDUNIA DLL..BeNda ni ADA DLM AL-QURAN kaa??? ..so, PENJELASAN KENA TEPAT DAN BETUL pakai main hentam ja..xbleh..tepat tp tak betul..sama juga betul tp tak tepat..(haa. .pandai2 la pikiaq sendiri..).. ambik2 paham..dah besaq panjang dah..sama2 kita mengingat..

Waallau'alam. .

RENUNGAN SEJENAK


Ilmu & maksiat


Saya describe diri saya sbg ‘huha’ kerana walaupun dalam keadaan mengetahui, saya masih menonton ‘movie’, ‘tv series’ & bahan2 yang tak bermanfaat. Saya tahu dalam surah Al Mukminuun, Allah ‘describe’ ciri org yang beriman adalah meninggalkan perkara lagho. Naruto masih jadi bacaan mingguan, lagu2 cinta masih jadi mainan di telinga & sebagainya. Itu sudah cukup menjatuhkan saya ke dalam golongan ‘huha’, especially bila saya buat dalam saya mengetahui ciri2 hamba Allah yang ‘ideal’. Semua itu perlukan mujahadah untuk saya menjauhinya.


Dalam pada itu, saya belajar engineering. Saya boleh describe as ‘banyak giler’ formula. Datang musim peperiksaan, saya haramkan ke atas saya menonton kecuali cartoon, naruto, & onepiece. Tapi jumlah masa untuk perkara2 lagho adalah sangat kurang. Saya ‘belajar’. Dalam pada mengurangkan ‘maksiat’ saya mudah pula bangun sembahyang & berzikir. Bangun malam Allah permudahkan. & masyaAllah, belajar seperti mengambil gambar. Highlightkan isi yang penting, revise 2 3 kali, facts yang saya rasa banyak cam ape ntah, berada dalam memori. Alhamdulillah. Basically, kadar perbuatan lagho & maksiat berkadar songsang dengan kadar daya ingatan. Kadar amalan sunat, & zikir, dan merenung kejadian alam berkadar kuasa 2 agaknya dengan ilmu yang masuk. Alhamdulillah . Pujian cuma untuk Tuhan yang mempermudahkan urusan. Terkadang seperti dicirikan dalam surah al-alaq ayat 6&7, manusia rase cukup dgn usaha sendiri. Lulus exam sebab dia belajar ‘bagai nak mati’, dia menang pidato peringkat kebangsaan atas latihan2 yang dilakukan. Tak dinafikan, usaha tangga kejayaan, tapi selalu manusia lupa, Tuhan adalah segalanya. Tuhan Maha Berkuasa. Tuhan bisa melakukan tiap sesuatu. Seperti dalam surah al-An’am- tidak gugur sehelai daun melainkan dalam pengetahuan yang Esa. Tuhan bisa campakkan hidayah pada yang Dia mahu. Tuhan tegur nabi, tidaklah nabi beri hidayah pada orang yang nabi cinta, tapi Allah berikan hidayah pada yang Dia mahu.Jadi di mana berdirinya kita yang kononnya dapat 11 1A, johan pidato, exam dapat cemerlang, CEO syarikat sekian sekian, Doktor y terkenal diserata dunia, tokoh politik ternama, pakar motivasi seperti Stephen Covey, ketua umum sekolah atau timbalannya, presiden ape2 persatuan pun laa….di mana kita?!! Kita mungkin mulia & hebat pada pandangan manusia di dunia material ini, kita punya kereta & rumah mewah, kita punya pengaruh politik yang besar, kita pelajar cemerlang medical school atau engineering school, kita punya harta & nama, seolah2 kita punya segalanya….


Tapi ingat, dalam surah al-Haqqah (25-37), tatkala buku amalan diterima dari tangan kiri, kita mengeluh, “ alangkah baiknya kalau mati itu penghabisan”, kita harap tiada hisab…tapi itu bukan halnya, tatkala itu kita kata, “hartaku tidak sama sekali berguna padaku, telah hilang segala kekuasaanku”(baca terjemahan dia sendri ek)- & seperti dalam surah as-Sajdaah, andai kita dari golongan mujrimuun, kita mohon dikembalikan kedunia manakala dalam surah an-Nabaa’, kalau kita dari golongan yang tak percaya kita akan berharap untuk menjadi tanah kelak. Jadi hebatkah kita???!


Kita tiada erti, kita sampah, kita akan jadi bahan bakar neraka, kita akan terhina, malaikat tidak langsung menoleh pada kita…..melainkan kita sedar Allah Tuhan kita, Islam pegangan kita, Al-Quran words of Allah; jadi sandaran dan pegangan. Tanpa kompromi, kita ambil Islam sebagai jalan hidup. Kita benar2 belajar tentang Islam, kita hidup dengan Islam, kita sayang kawan2 kita seperti Islam ajar, kita lakukan amar ma’ruf & nahi mungkar, kita buat sebaik mungkin utk mencontohi kehidupan nabi SAW.


Wahai diriku yang alpa, sedarlah dikau, kau sedang diulit cinta dunia, cinta pada harta, cinta pada nama, kekuasaan, cinta pada disukai ramai orang, cinta pada kecantikan dunia, cinta pada kehormatan & sanjungan manusia. Pendek kata, cinta pada material dunia. Tidaklah salah kau ingin jadi kaya, kau ingin jadi ternama, kau ingin jadi hebat…tapi kau perlu sedar segalanya hanya datang dari Allah yang Maha Kaya, Maha Berkuasa, Maha Hebat, Maha Mengatur. Jadi, disebalik kehebatan yang ingin kau cari, kau perlu sentiasa sedar, kau adalah hamba Allah, yang padamu ada perjanjian utk sentiasa taat pada perintah Allah, meninggalkan larangannya, tidak sombong & takabur, tidak ego, tidak merasa kau cukup dengan dirimu. Sedarlah Allah itu tuhanmu, Dia MAha Berkuasa.


ALQURAN & ILMU


Juga apabila masa dikurangkan utk perkara lagho, lebih banyak masa diperuntukkan utk mengulang hafazan Quran, membaca AL-Quran & terjemahannya serta tafsirnya, mencari hadith2 nabi sebagai sumber motivasi. & jgn sesekali kita kurangkan masa utk AL-Quran, kerana kita nak spend lebih masa utk belajar. HUH!, siapa dirimu utk merasakan senang belajar & lebih bnyk masa utk buku2mu simply bererti kau akan cemerlang? Saya turut menyedari, pattern mudah ilmu masuk berkadar terus dgn banyaknya masa utk Al-Quran, kerana Al-Quran full of wisdom, motivation, penerang hati pemudah ilmu masuk ke dada.


Jadi biarlah Al-Quran, Solat, Amal Islami jadi part & parcel of your daily life. Semoga musim exam terus subur utk melahirkan rasa cinta & rasa pengharapan pada Allah yang Esa. Andai seperti ini tiap2 kali musim exam, biarah exam tiap2 bulan pun tak pe….Biarlah matiku dalam menghadap exam kerana selalunya tahap amalan bisa tinggi tika itu. Wallahua'alam..

7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat



7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari akhirat


Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim


1. Pemimpin (imam) yang adil.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.

Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib

lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.

Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.

Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)

Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.

Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.